Sama seperti orang Islam, penganut Kristian Ortodoks Timur juga melihat Perang Salib sebagai serangan oleh orang gasar Barat, tetapi tertumpu kepada Penjajahan Constantinople dalam tahun 1204. Banyak relik dan artifak yang diambil dari Constantinople masih lagi berada dalam tangan orang Katolik Rom, di dalam Vatican dan tempat lain. Perselisihan faham yang wujud sekarang antara orang Turki dan orang Yunani mengenai hak tuntutan ke atas Kuda-Kuda Yunani di atas muka bangunan Basilika St. Mark di Venice. Orang Yunani berhujah bahawa friz tersebut adalah sememangnya sebahagian daripada warisan budaya dan identiti Yunani, sama dengan Marmar Elgin, dan orang Turki membalas bahawa friz itu berasal dari tempat yang disebut Istanbul hari ini. Sebuah gambar sejarah Perang Salib Turki yang popular dapat dihimpunkan dengan menyusun teks risalah rasmi Turki mengenai kubu-kubu tentera Salib di pantai dan kepulauan pantai Laut Aegean. Negara-negara Eropah Tengah, di sebalik fakta bahawa mereka secara formal tergolong dalam agama Kristian Barat, adalah yang paling mencurigai idea Perang Salib. Banyak bandar di Hungary telah dijarah oleh kumpulan-kumpulan tentera Salib yang melaluinya; seorang pemerintah Poland enggan menyertai satu perang Salib, kononnya disebabkan kekurangan bir di Tanah Suci. Kemudiannya, Poland dan Hungary sendiri menjadi sasaran penaklukan oleh tentera Salib, dan oleh kerana itu memperjuangkan tanggapan bahawa orang pagan mempunyai hak untuk hidup dengan aman dan mempunyai hak memiliki tanah-tanah mereka (lihat Pawel Wlodkowic).
No comments:
Post a Comment